Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rat] | سرت

Definisi : tidak licin (lancar, lincir), susah dicabut atau dikeluarkan (paku dll), ketat, sendat: kata-kata itu ~ keluar dr mulutnya; menyeratkan menyebabkan jadi serat (sen-dat, tidak licin, dll), menyendatkan, mengetat-kan; terserat terhenti, tersendat (perjalanan, per-gerakan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rat] | سرت

Definisi : Jw 1. serabut yg spt benang (terdapat pd daun nanas, batang pisang, dsb) yg boleh dijadikan tali dll: dr ~ pokok Corchorus capsularis ini dibuat orang guni; ~ saraf urat saraf; 2. bahan makanan yg tidak tercerna oleh enzim gaster usus makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rat] | سرت

Definisi : benda semacam benang spt yg terdapat pd sabut (daun nanas, batang pisang dll) dan dpt dijadikan tali; serabut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serat (adjektif)
1. Bersinonim dengan ketat: sendat, terik, sepan, kiat, macet,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan tergagap-gagap, terputus-putus, teragak-agak,
Berantonim dengan lancar

Kata Terbitan : menyeratkan, terserat,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
batang berkayuwoody stemBatang tumbuhan yang mempunyai serat kayu yang keras. Lihat RajahSekolah Rendah
sembelitconstipationKesukaran membuang air besar kerana kekurangan air dan serat dalam diet.Menengah Rendah
polimer sintetiksynthetic polymerPolimer yang dihasilkan secara buatan. Contohnya, plastik, serat tiruan dan getah sintetik.Menengah Atas
teksturtextureRasa, keadaan atau sifat sesuatu permukaan atau bahan yang membentuk jalinan atau susunan bahagian sesuatu objek. Contohnya, jalinan serat pada kain dan susunan butir-butir halus tanah.Sekolah Rendah

Kembali ke atas