batang rayap | runner | Batang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |
ekosistem | ecosystem | Sistem ekologi yang terdiri daripada komuniti yang saling berinteraksi dengan persekitarannya, dan seterusnya mewujudkan keseimbangan antara tumbuhan, haiwan, dan bahan tak organik. | Menengah Atas |
plumul | plumule | Pucuk baharu yang berkembang dari embrio tumbuhan yang terdapat di dalam biji benih dan seterusnya menjadi daun. | Menengah Rendah |
pengetinan | canning | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan di dalam tin kedap udara. | Sekolah Rendah |
kembar seiras | identical twins | Kembar yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum oleh satu sperma untuk membentuk zigot yang seterusnya menjalani proses mitosis yang lengkap. | Menengah Atas |
batu karang | kidney stone | Hablur sisa buangan berlebihan seperti asid urik, kalsium dan magnesium yang terkumpul dalam buah pinggang dan seterusnya berkembang menjadi batu dan menghalang aliran air kencing. | Menengah Atas |
pembungkusan vakum | vacuum packing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pembotolan | bottling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan atau minuman tersebut dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan dalam botol kedap udara. | Sekolah Rendah |
koklea | cochlea | Lingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak. | Menengah Rendah |