Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si] | سي

Definisi : kep Systéme International (d’Unités) (Sis­tem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : simbol kimia bagi silikon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melaku­kan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ pen­jual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin; ~kedidi; ~tawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : kata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata si

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(258)
Peribahasa

Si lalar si lalai.

Bermaksud :

Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.

 

Lihat selanjutnya...(60)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelvinkelvinUnit SI bagi suhu. Simbolnya, K.Menengah Atas
gramgramUnit jisim SI yang bersamaan dengan 0.001 kilogram. Simbolnya, g.Sekolah Rendah
molmoleSuatu unit asas SI bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 1023 zarah.Menengah Atas

Kembali ke atas