lebar | width | Ukuran dari satu sisi ke sisi yang lain pada suatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
diameter | diameter | Garis lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar sisi | lateral root | Akar yang tumbuh dari akar lain, seperti akar yang tumbuh di sekeliling akar tunjang. Lihat Rajah | Menengah Atas |
segi tiga | triangle | Bentuk dengan tiga sisi lurus dan tiga sudutnya berjumlah 180°. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
piramid | pyramid | Struktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pertumbuhan sekunder | secondary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh. | Menengah Atas |
kiub | cube | Bongkah yang mempunyai enam permukaan yang semuanya berbentuk segi empat sama sisi. Contohnya, dadu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penglihatan monokular | monocular vision | Penglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berkedudukan di sisi kepala. Medan penglihatan amat luas tetapi jarak tidak dapat dianggar dengan tepat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |