[skrin] | سکرين
Definisi : 1. sekat (tabir dll); 2. permukaan yg rata berupa kaca dsb (pd televisyen, monitor komputer dsb) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[skrin] | سکرين
Definisi : 1 tabir yg dpt digerak-gerakkan utk melindungi sesuatu dsb. 2 permukaan yg rata pd televisyen dll tempat gambar dpt dilihat. ~ rata ist monitor komputer, televisyen dsb yg berbentuk panel nipis, mempunyai permukaan yg rata, dan ringan. ~ sentuh ist skrin komputer yg membolehkan pengguna membuat arahan kpd komputer dgn cara menyentuh skrin tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)