spesies penyesar | successor | Spesies baru organisma yang menggantikan spesies tertentu di dalam sesuatu habitat. | Menengah Atas |
spesies | species | Sekumpulan organisma yang serupa, berkongsi ciri sepunya, memainkan peranan yang sama dalam ekosistem serta boleh membiak untuk menghasilkan anak. | Menengah Rendah |
spesies | species | Golongan haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
spesies terancam | endangered species | Spesies haiwan atau tumbuhan yang bilangannya sangat sedikit sehingga menjejaskan populasi. Contohnya, orang utan dan dugong. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
simbiosis | symbiosis | Perkaitan hidup di antara dua lebih organisma yang berlainan spesies istilah ini merujuk perkaitan yang memanfaatkan kedua-dua spesies tersebut. | Menengah Atas |
penyesaran | succession | Proses yang berlaku perlahan-lahan akibat perubahan bilangan individu bagi setiap spesies dalam sesuatu komuniti, atau akibat penempatan satu populasi spesies yang baru, yang beransur-ansur mengambil alih tempat penghuni asal. | Menengah Atas |
genus | genus | Kategori taksonomi yang terdiri daripada spesies yang mempunyai beberapa ciri yang serupa. Contohnya, harimau bintang (Panthera pardus) dan harimau belang (Panthera tigris) daripada genus yang sama tetapi spesies yang berlainan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kejuruteraan genetik | genetic engineering | Teknik atau proses memanipulasikan DNA, atau RNA daripada spesies yang berlainan secara uji kaji, untuk menghasilkan DNA rekombinan yang mengandungi gen daripada kedua-dua spesies yang berkenaan. | Menengah Atas |
kepupusan | extinction | Kehilangan sesuatu spesies hidupan seperti haiwan dan tumbuhan daripada muka bumi. Kepupusan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemburuan haram, peningkatan suhu dunia, pembakaran hutan dan pencemaran. | Menengah Rendah |
pupus | extinct | Keadaan sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan yang tidak lagi wujud pada waktu ini. Contohnya, dinosaur. | Sekolah Rendah |