sumber | resource | Keperluan organisma untuk hidup seperti bahan makanan dan cahaya. | Menengah Rendah |
sumber tenaga | source of energy | Bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Contohnya, sel kering dan solar. | Sekolah Rendah |
sumber air | water resource | Punca air yang boleh digunakan. | Sekolah Rendah |
sumber semula jadi | natural resources | Sumber yang dibekalkan oleh bumi termasuk udara, air, tanah, semua organisma hidup, nutrien, batu dan galian. | Menengah Rendah |
sumber tenaga boleh diperbaharui | renewable energy source | Sumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air. | Sekolah Rendah |
sumber tenaga tak boleh dibaharui | non-renewable energy sources | Sumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil. | Menengah Rendah |
sumber tenaga tidak boleh diperbaharui | non-renewable energy source | Sumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sumber cahaya | light source | Punca cahaya yang boleh digunakan. Contohnya, sumber cahaya daripada matahari. | Sekolah Rendah |
fitoplankton | phytoplankton | Alga seni, sumber oksigen atmosfera yang penting dan sumber asas bahan makanan haiwan akuatik. | Menengah Atas |
kekilauan | luminosity | Kecerahan sumber cahaya yang diukur sebagai nisbah fluks cahaya kepada fluks sinaran, pada panjang gelombang tertentu. | Menengah Atas |