Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pencemaran airwater pollutionPencemaran tempat takungan air semula jadi seperti sungai, kolam atau lautan oleh najis atau bahan buangan.Sekolah Rendah
bakaumangrovePokok yang tumbuh dalam air masin berlumpur di muara sungai. Ia mempunyai akar udara atau pneumatofor untuk pertukaran gas.Menengah Atas
tanah payawetlandTanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya.Menengah Atas
kelodaksiltKotoran seperti lumpur, tanah liat atau pasir yang mendak ke dasar sungai atau tasik.Sekolah Rendah
pasirsandButir-butir batu yang halus seperti yang terdapat di tepi pantai atau di dasar sungai. Lihat RajahSekolah Rendah
cacingwormHaiwan invertebrat yang berbadan lembut, panjang dan berbentuk silinder atau pipih, hidup di dalam tanah, sungai atau laut. Contohnya, cacing gelang dan cacing kerawit. Lihat RajahMenengah Rendah
bioefluenbioeffluentSisa buangan berbentuk cecair yang terhasil daripada sistem kumbahan atau proses industri, terutamanya sisa yang masuk ke sistem laluan air atau sungai.Menengah Atas
air liathard waterAir yang mengandungi garam kalsium, magnesium atau ferum pada kepekatan yang tinggi. Air ini tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Contohnya, air sungai.Menengah Rendah

Kembali ke atas