akomodasi | accommodation | Penyesuaian ketebalan kanta mata supaya mata dapat melihat objek pada jarak yang berbeza-beza dengan jelas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pelihara | preserve | Menjaga dan melindungi sesuatu supaya berada dalam keadaan yang baik atau selamat. | Sekolah Rendah |
modulasi | modulation | Perubahan ciri sesuatu gelombang supaya bersesuaian dengan ciri gelombang yang lain. Jenis modulasi termasuklah modulasi amplitud, frekuensi dan fasa. | Menengah Atas |
pengawetan | preservation | Proses untuk mengawet bahan makanan supaya tidak mudah rosak dan boleh disimpan lebih lama. | Sekolah Rendah |
meregangkan | stretch | Menarik dua bahagian objek dalam arah yang bertentangan supaya tegang atau longgar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan awet | preservative | Bahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan dalam tin. | Menengah Rendah |
pentermokawalaturan | thermoregulation | Mekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh. | Menengah Atas |
homeostasis | homeostasis | Pengawalaturan persekitaran dalaman dari segi faktor kimia dan fizikal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum. | Menengah Atas |
bahan awet | preservative | Bahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan di dalam tin. | Menengah Atas |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |