susunan elektron duplet | duplet electron arrangement | Dua elektron yang terletak pada petala pertama sahaja. | Menengah Atas |
susunan zarah | arrangement of particles | Kedudukan atom atau molekul dalam sesuatu jirim. Susunan zarah dalam pepejal lebih teratur, rapat dan berada dalam pola yang tetap, berbanding cecair dan gas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |
tekstur | texture | Rasa, keadaan atau sifat sesuatu permukaan atau bahan yang membentuk jalinan atau susunan bahagian sesuatu objek. Contohnya, jalinan serat pada kain dan susunan butir-butir halus tanah. | Sekolah Rendah |
litar | circuit | Susunan komponen elektrik seperti perintang, mentol, sumber bekalan kuasa dan suis untuk membentuk satu laluan arus elektrik. | Menengah Rendah |
kekisi | lattice | Susunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub. | Menengah Atas |
tertib menaik | ascending order | Susunan mengikut kedudukan dari kecil ke besar. | Menengah Rendah |
siri kereaktifan | reactivity series | Susunan logam mengikut kereaktifan terhadap oksigen bermula dengan logam yang paling reaktif. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
peleburan | melting | Proses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk. | Menengah Rendah |