get logik | logic gate | Litar yang melakukan operasi logik. Litar logik mempunyai satu atau lebih input dan satu output. Get-get asas ialah get ATAU, get DAN, get TAK, serta gabungan get-get asas seperti get TAK ATAU dan get TAK DAN. | Menengah Atas |
tak tertelap | impermeable | Perihal tidak boleh ditelusi oleh jirim. | Menengah Rendah |
tak tolerans laktosa | lactose intolerance | Ketidakupayaan seseorang untuk menghidrolisis laktosa kerana kekurangan enzim laktase. | Menengah Atas |
tak terlarut campur | immiscible | Keadaan dua cecair atau lebih yang tidak dapat bercampur untuk membentuk bahan homogen. Contohnya, air dan minyak. | Menengah Atas |
tumbuhan tak berbunga | non-flowering plant | Tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tumbuhan tak berbunga | non-flowering plant | Tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga. Contohnya, pokok puding. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
variasi tak selanjar | discontinuous variation | Variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga. | Menengah Atas |
sendi tak bergerak | immovable joint | Sendi yang terbentuk apabila dua tulang bertemu ada bahagian yang jarang berlakunya pergerakan. Contohnya, sendi pada tengkorak manusia. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sebatian tak tepu | unsaturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4. | Menengah Atas |
sebatian tak organik | inorganic compound | Sebatian yang berasal dari bahan bukan hidup. | Menengah Atas |