petrol tanpa plumbum | unleaded petrol | Minyak yang tidak mengandungi unsur plumbum. | Menengah Rendah |
artropod | arthropod | Haiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
platelet | platelet | Serpihan sel tanpa nukleus yang terdapat di dalam darah, membantu pembekuan darah. | Menengah Atas |
pembiakan tampang | vegetative reproduction | Pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu tumbuhan baharu terhasil daripada bahagian induk seperti melalui daun, akar atau batang tumbuhan. Pembiakan tampang dikenali juga sebagai pembiakan vegetatif. | Menengah Rendah |
sel kering | dry cell | Bateri tanpa cecair dan ada antaranya yang boleh dicas semula. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pembalakan haram | illegal logging | Pembalakan tanpa mempunyai lesen yang sah atau dilakukan di kawasan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. | Sekolah Rendah |
kelenjar endokrin | endoctrin gland | Kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon. Lihat Rajah | Menengah Atas |
jisim | mass | Jumlah jirim dalam jasad, tanpa bentuk yang tertentu. Jisim merupakan jumlah isi padu sesuatu benda. Contohnya, jisim buku ialah 100 gram. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
serum darah | blood serum | Plasma darah tanpa fibrin dan faktor pembeku. | Menengah Atas |
mata kasar | naked eye | Pandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan. | Sekolah Rendah |