paya bakau | mangrove swamp | Kawasan air tawar yang bertemu dengan kawasan air masin. Ia mempunyai tanah yang lembut dengan kepekatan garam yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hidra | hydra | Sejenis haiwan multisel yang halus. Hidra hidup di dalam air tawar. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
vakuol mengecut | contractile vacuole | Organel yang terdapat pada semua protozoa dan span air tawar, yang terlibat dalam proses pengosmokawalaturan. | Menengah Atas |
ameba | amoeba | Sejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kiambang | water lettuce | Tumbuhan yang hidup secara terapung pada permukaan air. Tumbuhan ini banyak ditemui di dalam kolam atau tasik air tawar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
euglena | euglena | Kumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |