tekanan atmosfera | atmospheric pressure | Tekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan alat barometer atau barograf. Perubahan tekanan atmosfera memberikan petunjuk tentang perubahan cuaca. | Menengah Rendah |
tekanan segah | turgor pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam sel tumbuhan akibat tekanan hidrostatik kandungan vakuol yang menekan dinding sel tumbuhan yang berkenaan. | Menengah Atas |
takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |
tekanan atmosfera | atmospheric pressure | Tekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan barometer. | Menengah Atas |
hukum tekanan | pressure law | Hukum yang menyatakan bahawa tekanan gas berkadar terus dengan suhu pada jisim dan isi padu yang tetap, iaitu tekanan berkadar terus dengan suhu mutlak. | Menengah Atas |
tekanan osmosis | osmotic pressure | Tekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya. | Menengah Atas |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
sifon | siphon | Tiub berbentuk seperti huruf U terbalik yang digunakan untuk memindahkan cecair dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tekanan | pressure | Daya per unit luas yang bertindak secara serenjang dengan permukaan. | Menengah Atas |
tekanan | pressure | Daya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa. | Menengah Rendah |