sifon | siphon | Tiub berbentuk seperti huruf U terbalik yang digunakan untuk memindahkan cecair dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
barometer aneroid | aneroid barometer | Alat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
kemik | dent | Permukaan yang berlekuk yang disebabkan oleh tekanan atau hentakan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tolok Bourdon | Bourdon gauge | Alat yang digunakan untuk mengukur tekanan gas. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
manometer | manometer | Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan gas. Alat ini terdiri daripada salur kaca berbentuk U dan berisi sedikit merkuri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
tiub Geiger-Muller | Geiger-Muller tube | Tiub yang terdiri daripada kebuk logam yang berbentuk silinder, berisi gas pada tekanan rendah, pada paksinya terdapat dawai halus yang bertindak sebagai anod. Tiub ini digunakan sebagai pembilang sinaran. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |