Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ték.nik] | تيکنيک

Definisi : (téknik) 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ték.nik] | تيکنيک

Definisi : /téknik/ 1 pengetahuan ttg pembuatan barang-barang, pem­bina­an jentera dll. 2 cara atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni (spt seni lukis, karang-mengarang). 3 berkaitan dgn sesuatu bidang yg khusus: istilah-istilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teknik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cara, tatacara, kaedah, prosedur, sistem, metode.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bioteknologibiotechnologyPembangunan teknik yang menggunakan proses-proses biologi dalam penghasilan bahan untuk perubatan dan perindustrian.Menengah Rendah
pentitratantitrationSuatu teknik makmal yang menggunakan satu larutan piawai alkali untuk menentukan kepekatan suatu larutan asid dengan bantuan penunjuk bagi mengesan takat akhir tindak balas peneutralan.Menengah Atas
hidroponikhydroponicsSatu teknik komersial untuk menanam tanaman tertentu di dalam larutan kultur dan bukannya tanah.Menengah Atas
kejuruteraan genetikgenetic engineeringTeknik atau proses memanipulasikan DNA, atau RNA daripada spesies yang berlainan secara uji kaji, untuk menghasilkan DNA rekombinan yang mengandungi gen daripada kedua-dua spesies yang berkenaan.Menengah Atas

Kembali ke atas