Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikar (kata nama)
Bersinonim dengan porselin, seramik.,

Peribahasa

Jangan berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tanah liatclayTanah yang berwarna kelabu dan lembut, melekit apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan. Tanah ini biasanya digunakan untuk membuat tembikar. Lihat RajahSekolah Rendah
tanah liatclayTanah yang kebanyakan zarahnya mempunyai diameter kurang daripada 0.002 mm. Tanah jenis ini terdiri daripada aluminium dan silika serta tidak telap air, biasanya digunakan untuk membuat tembikar dan batu bata.Menengah Rendah

Kembali ke atas