Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. ber­ten­tangan 1 saling berhadap; ber­hadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); ber­­lawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan ber­­lawanan; memperlaga­kan; mem­pertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buaya putih buaya keramat,
     Mari tentang lubuk batu;
Abang putih melawa sangat,
     Saya tidak memberi malu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
biologibiologyKajian tentang benda hidup. Terdapat dua bidang asas biologi, iaitu zoologi (kajian tentang haiwan) dan botani (kajian tentang tumbuhan).Menengah Rendah
geologigeologyKajian tentang bumi dari segi asal-usul, struktur dan komposisi bumi.Menengah Rendah
aerodinamikaerodynamicsKajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui bendalir (cecair, udara atau gas).Menengah Rendah
biokimiabiochemistryKajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain.Menengah Atas
biogeografibiogeographyKajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terdapat di bumi.Menengah Atas
aerodinamikaerodynamicKajian tentang daya yang bertindak terhadap sesuatu jasad untuk membolehkan jasad itu bergerak dengan cepat melalui udara atau gas.Menengah Atas
arkeologiarchaeologyKajian saintifik tentang peninggalan zaman purba. Kajian dibuat melalui penggalian dan penghuraian kesan-kesan peninggalannya.Menengah Rendah
ahli hematologihaematologistPakar tentang darah dan penyakit yang berpunca daripada darah.Menengah Rendah
elektrik statikstatic electricityKajian tentang kesan cas elektrik yang berada dalam keadaan statik, daya di antaranya dan medan elektrik.Menengah Rendah
penderiaan jauhremote sensingProses mengkaji, mengumpul dan merekod maklumat tentang sesuatu objek dari jarak jauh menggunakan peranti perakaman.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas