Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = penuh ~ a) penuh sesak, padat, tumpat: tempat habuk rokok penuh ~ dgn puntung rokok; b) segala layar terpasang (kapal, perahu); c) sarat atau penuh: seorang ibu yg sentiasa ~ dgn kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tepu (adjektif)
Bersinonim dengan penuh, padat, sendat, sesak, tumpat.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hidrokarbonhydrocarbonSebatian organik yang hanya terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Contohnya, alkana dan alkena.Menengah Atas
sebatian tepusaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6.Menengah Atas
lemak tepusaturated fatLemak yang mempunyai ikatan tunggal di antara atom-atom karbon.Menengah Atas
sebatian tak tepuunsaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4.Menengah Atas
lemak tak tepuunsaturated fatLemak yang mempunyai ikatan ganda dua atau ikatan ganda antara atom-atom karbon.Menengah Atas
alkanaalkaneKumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 .Menengah Atas
penghablurancrystallizationPembentukan hablur daripada larutan tepu atau leburannya.Menengah Atas
alkenaalkeneKumpulan sebatian hidrokarbon tak tepu yang mengandungi satu atau lebih ikatan ganda dua antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Formulanya, CnH2n .Menengah Atas
alkilalkylKumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1.Menengah Atas
air tanahgroundwaterAir yang terdapat di bawah permukaan tanah atau di bawah tanah dalam zon tepu air.Menengah Rendah

Kembali ke atas