buah | fruit | Bahagian yang terbentuk daripada ovari bunga setelah persenyawaan berlaku. Buah mengandungi biji benih yang terbentuk daripada ovul. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ion | ion | Atom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion. | Menengah Atas |
zigot | zygote | Sel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
oksihemoglobin | oxyhaemoglobin | Sebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah. | Menengah Rendah |
nyala | flare | Api yang terbentuk dengan tiba-tiba dan disertai dengan cahaya yang terang. | Menengah Rendah |
endosperma | endosperm | Tisu yang terbentuk di dalam biji benih kebanyakan tumbuhan berbunga sewaktu persenyawaan. Endosperma melitupi dan membekalkan nutrien kepada embrio. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
embrio | embryo | Organisma yang terbentuk pada peringkat awal perkembangan ovum yang tersenyawa. Pada manusia, embrio berada dalam uterus ibu dari peringkat permulaan hingga minggu kelapan. | Menengah Rendah |
antibodi | antibody | Bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat mencegah pembiakan atau pemusnahan bakteria. | Sekolah Rendah |
gliserida | glyceride | Ester yang terbentuk daripada gliserol dan asid lemak. | Menengah Atas |
disakarida | disaccharide | Gula yang terbentuk daripada dua molekul monosakarida. | Menengah Atas |