Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdedah

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jumlah luas permukaantotal surface areaJumlah kawasan yang terdedah kepada persekitaran luar.Menengah Atas
mudah terbakarflammableSifat bahan yang mudah terbakar dan meletup apabila terdedah kepada sumber api atau haba. Lihat RajahSekolah Rendah
alergiallergyKerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu alergen.Menengah Atas
mudah meletupexplosiveSifat bahan yang mudah bertindak balas apabila dipanaskan atau terdedah pada api dan haba. Contohnya, bom. Lihat RajahSekolah Rendah
habaheatBentuk tenaga yang dipindahkan kerana terdapat perbezaan suhu. Contohnya, makanan panas yang terdedah akan menjadi sejuk selepas beberapa ketika kerana haba daripada makanan akan berpindah ke udara di sekelilingnya.Sekolah Rendah
pengaratanrustingProses kakisan yang berlaku pada logam atau aloi ferum apabila bahan ini terdedah kepada oksigen dan air. Lihat RajahMenengah Atas
karatrustPepejal yang berwarna perang kemerah-merahan yang terbentuk pada permukaan besi apabila terdedah kepada udara dan air.Menengah Atas
nikotinanicotineSebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan.Menengah Rendah

Kembali ke atas