Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
sel DaniellDaniell cellSel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
ventralventral1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi.Menengah Atas
pelvispelvis1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
mantelmantleLapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
PariSouthern CrossKumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej pari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
BidukBig DipperKumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej biduk, iaitu sebuah gayung dan tangkainya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kelenjar pituitaripituitary glandKelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
medula oblongatamedulla oblongataBahagian belakang otak vertebrata yang terletak di antara pons dengan saraf tunjang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
hipotalamushypothalamusBahagian posterior otak depan yang terletak di bawah bahagian talamus. Ia mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
123

Kembali ke atas