kaki retort | retort stand | Sejenis tiang besi tempat meletakkan radas dengan disokong oleh sejenis penyepit berskru. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
engsel | hinge | Sendi besi yang menyambungkan antara daun pintu atau tingkap dengan tiang tempat pintu atau tingkap yang dipasang. Engsel dipasang supaya pintu atau tingkap dapat dibuka dan ditutup. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
konduktor kilat | lightning conductor | Bahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal. | Menengah Rendah |
meranti | shorea | Pokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |