Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.pang] | توڤڠ

Definisi : sangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan; bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; (duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2. bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut; bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang; menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong; topangan penopang; penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pang] | توڤڠ

Definisi : Mn; bertopang 1. dibantahi, disangkal, ditegah: segala perintahnya tidak ~; 2. berbantah, bertengkar: suka ~ dgn sesiapa juga; menopang membantahi, menegah, menen­tang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pang] | توڤڠ

Definisi : , = penopang sangga atau penyokong yg bercabang. bertopang memakai topang: ~ dagu duduk me­nyangga dagu dgn tangan. meno­pang menyangga dgn kayu dll yg bercabang: Ia ~ dahan rambutan yg terkulai itu dgn galah. menopangkan menggunakan sesuatu utk menopang: ~ kayu pd dahan rambutan yg melendut dgn buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
topang (kata nama)
Bersinonim dengan topangan, penopang, sangga, penyangga, sokong, penyokong, penunjang, sagang, lepar, penahan;,
Kata Terbitan : bertopang, menopang,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
topang ketiakcrutchesAlat yang diperbuat daripada kayu atau besi yang diletakkan di bawah ketiak bagi membantu seseorang yang cacat atau cedera pada kakinya untuk berjalan.Menengah Rendah

Kembali ke atas