Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.rus] | توروس

Definisi : 1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.rus] | توروس

Definisi : 1 tiang drpd kayu dll utk mengu­kuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai peme­rintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turus (kata nama)
1. Bersinonim dengan tiang: tonggak, turas,

2. Bersinonim dengan turus negeri, pembesar negeri, pasak negeri.,



Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
rangka paksiaxial skeletonRangka yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra dan tulang rusuk.Menengah Atas
kumpulangroupUnsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala. Contohnya, kumpulan gas adi dan kumpulan halogen.Menengah Atas

Kembali ke atas