Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.kum] | ۏاکوم

Definisi : 1. ruang yg tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yg udaranya telah dike­luarkan), hampa gas; 2. ruang yg gasnya wujud pd tekanan yg rendah; 3. ki kekosongan (bkn perasaan dsb); 4. = pembersih ~ alat elektrik yg digunakan utk membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn cara sedutan, pembersih hampa gas; 5. bkn (mengan-dungi, menghasilkan, dijalankan dgn, dsb) tekanan gas yg rendah: pengering ~; pam ~; memvakum membersihkan lantai (permai­dani, perabot, dsb) dgn menggunakan pem­bersih vakum (hampa gas): ibu sedang ~ bilik tidurnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.kum] | ۏاکوم

Definisi : ruang yg tidak mempunyai sebarang jirim; hampa gas. pembersih ~ perkakas elektrik yg digunakan utk menyedut debu, kotoran dsb di lantai, pd permaidani dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vakum


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vakumvacuumRuang yang tidak mengandungi jirim dan mempunyai tekanan yang rendah.Menengah Rendah
vakumvacuumRuang kosong yang tidak mempunyai udara.Sekolah Rendah
pembungkusan vakumvacuum packingProses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. Lihat RajahSekolah Rendah
indeks biasanrefractive indexNisbah laju cahaya di dalam vakum terhadap laju fasa cahaya di dalam medium.Menengah Atas
pengeringan sejuk bekufreeze-dryingProses pengeringan yang membekukan sesuatu dengan cepat diikuti oleh kaedah vakum, yang menyingkirkan air dalam bahan makanan. Lihat RajahSekolah Rendah
tenaga bunyisound energyTenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti gas, cecair dan pepejal tetapi tidak boleh melalui vakum.Menengah Rendah

Kembali ke atas