hifa | hypha | Bebenang halus yang mempunyai dinding sel, dan merupakan organ pertumbuhan vegetatif bagi kebanyakan kulat. | Menengah Atas |
rizom | rhizome | Batang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pembiakan tampang | vegetative reproduction | Pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu tumbuhan baharu terhasil daripada bahagian induk seperti melalui daun, akar atau batang tumbuhan. Pembiakan tampang dikenali juga sebagai pembiakan vegetatif. | Menengah Rendah |