virus | virus | Mikroorganisma parasit paling seni yang menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |
virus | virus | Mikroorganisma yang paling kecil dan dikelilingi oleh lapisan protein yang boleh menjangkiti dan membiak dalam objek yang dijangkitinya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
virus imunodefisiensi manusia (HIV) | human immunodeficiency virus (HIV) | Sejenis virus yang disebarkan melalui cecair badan yang boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan penyakit AIDS. | Menengah Rendah |
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Atas |
bakteriofaj | bacteriophage | Virus yang menyerang bakteria dan menjadikan bakteria sebagai perumah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
beguk | mumps | Penyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
influenza | influenza | Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
demam campak | measles | Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Demam campak menyebabkan pesakit mengalami demam yang teruk, sakit tekak dan ruam merah di seluruh badan. | Sekolah Rendah |
cacar air | chickenpox | Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sindrom kurang daya tahan penyakit | AIDS | Penyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Rendah |