Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.got] | زيݢوت

Definisi : (Bio) sel yg terbentuk hasil drpd persenyawaan benih jantan dan benih betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.got] | زيݢوت

Definisi : ist sel yg terbentuk sbg hasil persenyawaan benih jantan dgn benih betina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zigot


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
zigotzygoteSel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Lihat RajahMenengah Rendah
persenyawaanfertilizationProses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu.Menengah Rendah
pembiakan sekssexual reproductionPembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot.Menengah Rendah
kembar seirasidentical twinsKembar yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum oleh satu sperma untuk membentuk zigot yang seterusnya menjalani proses mitosis yang lengkap.Menengah Atas
gametgameteSel pembiakan yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina. Percantuman antara kedua-dua gamet menghasilkan zigot.Menengah Rendah
persenyawaan ganda duadouble fertilizationProses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid.Menengah Atas
persenyawaan in vitro (IVF)in vitro fertilization (IVF)Kaedah pembiakan dengan mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma dalam prosedur makmal. Zigot atau embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita.Menengah Rendah

Kembali ke atas