Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata =

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada batang,
     cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh).

 

Lihat selanjutnya...(3)

8

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kira-kira tolakcara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanda campurtanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tumpas1 binasa sama sekali; punah. 2 kalah atau tewas dlm perlawanan sukan (bola sepak, badminton dsb). menumpaskan 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-­askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm per­­lawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. ketumpasan 1 kebinasaan atau kemusnahan. 2 kekalahan atau ketewasan (dlm perlawanan sukan spt bola sepak, badminton).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuju I1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. menujukan 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; men­cocokkan. persetujuan 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencaras1 mengambil kepunyaan orang lain dengan cara yang tidak sah atau tidak beretika
2 menggugat atau merampas kedudukan atau populariti seseorang atau sesuatu 
3 memotong rambut, pokok dan lain-lain
Kamus DBP versi dalam Talian
tentang1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. ber­ten­tangan 1 saling berhadap; ber­hadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); ber­­lawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan ber­­lawanan; memperlaga­kan; mem­pertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumpaskan1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-­askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm per­­lawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menurunkan1 membawa turun ke bawah; merendahkan. 2 mengeluarkan dr kenderaan. 3 menjadikan rendah (ttg pangkat, harga dll). 4 meninggalkan atau memindahkan sesuatu kpd anak (cucu dll). 5 menyampaikan ilham, wahyu dll kpd: Allah telah ~ Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 6 menyebabkan hilang warnanya (ttg kain dsb); melunturkan. 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. 8 menjadikan turun (ttg ribut, hujan dsb): Allah ~ ribut taufan yg dahsyat pd zaman Nabi Noh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepbahasa percakapan saling melagakan tapak tangan secara fizikal atau saling berbalas emotikon tertentu sebagai tanda meraikan persamaan, kemenangan dan sebagainyaKamus DBP versi dalam Talian
12345678910...

Kembali ke atas