mangkat | bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun ~; kemangkatan bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duli | 1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda; mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyembah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja; berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, bercemar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siram | ; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~; menyiram 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; menyiramkan 1. menyiram dgn, menjiruskan, mencurahkan: maka kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl, bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan dibedak; persiraman sl tempat mandi, permandian; penyiraman perbuatan menyiram (menyiramkan); penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~ pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santap bd, = bersantap | persantapan hidangan makanan atau minuman. | Kamus Pelajar |
santap bd, = bersantap | menyantap memakan atau meminum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. | Kamus Pelajar |
santap bd, = bersantap | makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): Baginda telah ~ bersama-sama gabenor itu. | Kamus Pelajar |
titah | bd kata atau perintah raja. bertitah berkata atau memberi perintah: Raja telah ~ kpd rakyatnya di balairung seri. menitahkan menyuruh atau memerintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
santap | bd, = bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): Baginda telah ~ bersama-sama gabenor itu. menyantap memakan atau meminum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. persantapan hidangan makanan atau minuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
patik | bd kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dgn raja; hamba: Sebarang titah tuanku ~ junjung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
murka | bd marah; meradang. memurkai marah akan; memarahi. memurkakan menyebabkan jadi marah; memarahkan. kemurkaan keadaan murka; hal murka; kemarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |