Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicerobohi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membolosimenembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar.Kamus Dewan Edisi Keempat
titik lemah(weak spot)Tempat terdapatnya kelemahan pada perisian atau perkakasan yang membolehkan sistem dicerobohi atau menjadi gagal.Kamus Komputer
cinta1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
bolos IIJk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;membolosi menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencerobohi1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (se­seorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, men­cabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki ka­wasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak meng­ganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing;Kamus Dewan Edisi Keempat
ceroboh I1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenar­an (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (se­seorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, men­cabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki ka­wasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak meng­ganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg mence­roboh(i).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas