tunggak | 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiada (tidak) terhabiskan | tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhabiskan | ; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudah kepalang | sudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
foya | berfoya-foya bersuka-suka; bersenang-senang (dgn menghabiskan masa, wang dsb): Hidupnya dihabiskan dgn ~ saja. | Kamus Pelajar |
menghabiskan | 1. menggunakan (memakan, membelanjakan, dll) hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk membiayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan ceritanya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggakan | 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didik | 1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh dipandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (latihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terluang | 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menunggak | 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak menghabiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |