Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disukat

Puisi
 

Batang kelapa dipotong-potong,
     Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
     Bulat manusia kerana muafakat.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
imbuhtambahan pd barang yg ditimbang (disukat dll), tambahan supaya sama berat (nilai dll): setelah siap disukatnya padi itu diberikannya pula ~ segantang; mengimbuh 1. memberi imbuh, menokok, menambah; 2. memberi imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan); imbuhan 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan); berimbuhan memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za’ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepal1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan: Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya.2 benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1 benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam: ~ tanah. 2 genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepal1. penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan:Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya. 2. benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1. benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam; ~ tanah. 2. genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi.Kamus Pelajar
azimut(Fiz) arah mengufuk suatu titik di langit dr suatu titik di bumi (biasanya disukat mengikut arah jam dr 0º pd titik rujukan melalui 360º).Kamus Dewan Edisi Keempat
isotropi(Fiz) keadaan sesuatu bahan yg mempunyai sifat yg sama dlm mana-mana arah yg disukat.Kamus Dewan Edisi Keempat
baud penghantaran data(data transmission baud)Kadar kelajuan penghantaran data bersiri melalui saluran perhubungan, dan disukat dalam unit baud.Kamus Komputer
sukatan1. satuan yg digunakan utk me­nyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
sukat I1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (me­nakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk me­nyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas