berdukung | duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet berpegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukung I | ; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet berpegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjalan mengepil ibunya | berjalan berdampingan dgn ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mamak | 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesarpembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn perniagaan makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengepil | berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewarisi | 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggil | ; memanggil 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. memanggilkan 1 memanggil utk: Dia ~ ibunya sebuah teksi. 2 menyebut atau menggelar dgn: Dia marah kalau kita tidak ~ tuan kpdnya. panggilan 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepil | berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkuan | 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangku | , = pangkuan 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. memangku 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? pemangku 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |