Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelebihannya

Peribahasa

Harimau menyorokkan kuku.

Bermaksud :

Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selebihnyabaki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bukan sembarang orangorang yg ada kelebihannya atau keistimewaannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sembarangapa-apa atau sesiapa saja; asal saja; sebarang: bukan ~ orang orang yg ada kelebihannya atau keistimewaannya. sembarangan ti­dak dgn usul periksa; dgn begitu saja; tidak dgn pilih-pilih lagi: Jangan suka menuduh ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sembarangapa-apa atau sesiapa saja; asal saja; sebarang: bukan ~ orang orang yg ada kelebihannya atau keistimewaannya.Kamus Pelajar
gaharukayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesturi Isj benda yg harum baunya (diperoleh dr musang jebat), jebat; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang jebat (rase); tikus ~ tikus yg kecil dan berbau; ~ mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketam IVsj binatang, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit, Cancer spp.; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ batu, ~ galah, ~ kajang, ~ padang, ~ pasir, ~ renjung, ~ ukas, dll; ~ batu ki sangat kedekut (bakhil); ~ menyuruh anaknya berjalan betul prb orang yg menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berlaku spt yg dinasihatinya; (kuat ikan kerana radai) kuat burung kerana sayap, kuat ~ kerana sepit prb kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebih1. melampaui had yg sepatutnya, ber­tambah (dr dahulu): harga gula sekarang ~ mahal drpd harganya tiga tahun dahulu; kedudukannya sekarang ~ terjamin; ~ baik duduk diam drpd berkata yg sia-sia; 2. baki, sisa: tiga dibahagi dgn dua, ~ satu; 3. bertambah sedikit (drpd angka yg dinyata­kan): ia bekerja di pejabat itu lima tahun ~; 4. semakin, kian bertambah: makin lama menjadi ~ berani ia; ~ jauh selanjutnya, seterusnya; ~ kurang kira-­kira, agak-agak; ~ masa yg dilakukan (ber­kaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg telah ditetapkan; ~ umur melewati umur (yg dikehendaki), tua; ~ lagi = lebih-lebih; selebihnya baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya; lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegem­biraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; selebih-lebihnya paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; lebih-lebihnya paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk men­jelaskannya di negara luar; berlebih 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll); berlebih-lebih 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian yg dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya: kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn cara yg ~; berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan; berlebih-lebihan 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat­-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; melebih, melebih-lebih berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat; melebihi 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatut­nya tetapi hendaklah pertengahan jua; melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan terlalu banyak; melebihkan 1. menjadikan lebih, mem­banyakkan: pengetahuan itu boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~ agama drpd adat; melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih drpd yg sebenarnya: kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan drpd keadaan yg sebenarnya; terlebih 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertama­tama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; kelebihan 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; berkelebihan 1. berlebih, bersisa; 2. terlalu banyak (lebihnya, sisanya, dll); 3. mempunyai kelebihan (keistimewaan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas