kha | (khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600); 2. huruf kelapan abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerantakan | memberitahukan kpd khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan: maka bentara pun menyuruh orang ~ mak-lumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kpd segala daerah Acheh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita dongeng | cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhbar tempatan | surat khabar yg diterbitkan di dlm negeri atau wilayah tempat ia diedarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mintakulburuj | Ar garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian dan tiap-tiap satu dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, zodiak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongeng | (dongéng) 1. = cerita ~ cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia supaya berkahwin; mendongengkan ki menyampaikan (menceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solstis | (Geog) waktu (ketika) matahari berada paling jauh ke selatan atau ke utara dr khatulistiwa; ~ musim panas 21 Jun; ~ musim sejuk 22 Disember. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhbar | 1. Ar (jamak bagi khabar) berita, warta; 2. surat khabar, harian; ~ tempatan surat khabar yg diterbitkan di dlm negeri atau wilayah tempat ia diedarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merambat | 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan (pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambat I | ; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan (pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah; perambatan 1. perihal (proses atau perbuatan) merambat, penyebaran; 2. (Fiz) pergerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |