bersua | 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pandangan | 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pandangan | 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. | Kamus Pelajar |
khusus | (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haru | ; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hal I | 1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn) demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya (dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana, sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku; jikalau ia datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara; ~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang; mengehalkan 1. mengisahkan, menceritakan (tentang): kesemua majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini; terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara itu sudah lama ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haru | ; ~- biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1. mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~ nya di hutan belantara itu. 2. mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1. menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan:Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2. ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2. berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu. | Kamus Pelajar |
jawapan | 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawaban | , jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |