Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berjejeranberderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran;Kamus Dewan Edisi Keempat
dinamikbersifat cergas; bertenaga:Kaum muda-mudi mestilah lebih ~ supaya lekas maju.Kamus Pelajar
muda-mudigolongan orang muda (lelaki dan perempuan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
muda- mudiorang-orang muda (lelaki dan perempuan).Kamus Dewan Edisi Keempat
muda -mudia) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa);Kamus Dewan Edisi Keempat
emosional(émosional) cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan: pd waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali.Kamus Dewan Edisi Keempat
ranggi I1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh memi­nang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (som­bong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyom­bongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, ber­megah), kesombongan, kemegahan: ber­pindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan ber­bagai-bagai jenis pencapaian cemerlang.Kamus Dewan Edisi Keempat
jejer(jéjér) banjar, baris, deret, jajar; berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-motokar ~ di jalan raya itu; berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; menjejerkan mengatur berderet-deret (ber­baris): ia ~ barang dagangan di atas bangku; jejeran deretan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawan I1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti.Kamus Dewan Edisi Keempat
permisifbersifat terbuka yg membolehkan atau mengizinkan berlakunya sesuatu: terdapat sikap ibu bapa yg lebih ~, lebih mengizinkan dan lebih membiarkan; langkah demikian boleh mewujudkan masyarakat yg ~ dan menimbulkan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas