natijah | Ar keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu; menatijahkan mendatangkan natijah, mengakibatkan: pembangunan yg tertumpu pd aspek materialistik semata-mata hanya akan ~ kehancuran sesuatu peradaban; keada-an ini akan ~ perkembangan yg tidak seimbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalan | 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jalan | 1. tempat lalu lintas (utk orang, kenderaan, dll): belanja membuat ~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya; jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7. Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat): selamat ~; ~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~ belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak bersambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~ kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pengajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~ raya jalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpangan jalan yg menyimpang dr jalan besar; ~ simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg terletak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan kenderaan; ~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring bertukar ~ prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya; sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara seibu; berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3. berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku, terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~ selama tiga bulan; ~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~ kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong (bersikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai; berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi; jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan; perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal berpergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran menghalang ~ minyak itu; penjalan ark 1. (orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; 2. orang yg suka berjalan; pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekangan | 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekang | 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di sisi | 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suaminya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghiburhiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mempunyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencat | ; merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti, membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, percambahan spora, dan pembiakan seks kulat; terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerjanya ~ kerana air pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya kanak-kanak); ~ otak terencat akal; keterencatan perihal atau keadaan terencat; kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu. perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga; perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain; bencat, gencat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza | /béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nadi | 1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. = urat ~ pembuluh darah pd pergelangan tangan (terasa berdenyut-denyut); 3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pembangunan yg berteraskan sektor perkilangan sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu; batang ~ pembuluh darah yg besar; pembuluh ~ pembuluh darah dr jantung; tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat; bernadi ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikuti | 1 mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; memata-matai: Dua orang mata-mata gelap sentiasa ~nya ke mana-mana. 2 turut serta (belajar, melihat dll); turut hadir dlm mesyuarat, kursus dsb: Dia tidak dpt ~ ceramah itu kerana sakit. 3 memperhatikan (membaca, melihat dll) dgn penuh minat: Saya sentiasa ~ perkembangan politik dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |