Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
manik I1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir­butir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapu-kan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek; bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran; bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengurapkanmenyapukan, menggosok-kan: maka sapu tangan itu diurapkan ke muka perempuan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
punjutsapu tangan dll yg keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (utk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) ke­empat-empat sudut sapu tangan dll (menjadi­kan punjut).Kamus Dewan Edisi Keempat
memunjutmenyimpulkan (mengikat) ke­empat-empat sudut sapu tangan dll (menjadi­kan punjut).Kamus Dewan Edisi Keempat
sapu I1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
arsenik(Kim) sj unsur bukan logam yg diguna­kan utk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyapu1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
selampai I1. kain sutera yg dipakai di bahu atau dikalungkan di leher (dlm istiadat ke-rajaan), tetampan; 2. Jk sapu tangan, selam-pik; menyelampai memakai selampai (tetam­pan dll) di bahu, menyebai selampai dll di bahu: hulubalang delapan di kiri, delapan di kanan masing-masing ~ selendang kain kuning; menyelampaikan menyebaikan (mengena­kan) selampai (selendang dll) di bahu; terselampai tersebai, tergantung, tergayut: maka dgn tiba-tiba terpandanglah olehnya tangan orang ~ di alang kedai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
urap Isj bedak cair yg kuning warnanya dan berbau harum, bedak wangi yg cair, boreh; berurap-urap, berurap-urapan berpupur dgn urap, berlumas dgn urap: ia berkain segara kuning, bersunting bunga semandarsah, berurap-urapan hingga leher; mengurap, mengurapi memupurkan badan dgn urap, melumasi badan dgn urap; mengurap-urap menggosok-gosok, menyapu-nyapu akan: tidak ada lagi yg akan ~ kepalaku yg telah beruban dgn tangan yg lembut; mengurapkan menyapukan, menggosok-kan: maka sapu tangan itu diurapkan ke muka perempuan itu; urapan, urap-urapan (sesuatu) yg digunakan utk mengurap: kelembak kesturi urap-urapan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tari= tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn meng­gu­nakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan pa­yung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lam­baikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn me­makai selendang; ~ serimpi sj tari yg di­pertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menariKamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas