terakru | ist 1 (bkn hak atau tuntutan) diserahkan atau dijelaskan kpd empunya: Sebarang hak atau milik seseorang ~ kpd orang itu. 2 (bkn perbelanjaan, faedah dsb) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit: faedah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terakru | 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd orang itu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasil terakru | (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faedah terakru | faedah terkumpul yg belum dijelaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belanja terakru | (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aset terakru | (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akru | ; terakru ist 1 (bkn hak atau tuntutan) diserahkan atau dijelaskan kpd empunya: Sebarang hak atau milik seseorang ~ kpd orang itu. 2 (bkn perbelanjaan, faedah dsb) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit: faedah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akru | ; terakru 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd orang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faedah | (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belanja | 1. wang utk membeli (membayar) sesuatu: kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ utk kebajikan masyarakat; 2. wang utk keperluan sehari-hari (utk membeli bahan makanan dll): barang kemasnya dijual utk dijadikan ~; 3. wang yg dibayar sbg upah atau gaji atas khidmat seseorang: ~ bidan; 4. bp = berbelanja membeli barang-barang: ia sedang ~ di pasar; 5. bp = membelanjai; ~ dapur a) = ~ hangus pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan (walinya dll) utk biaya perkahwinan; b) = ~ pasar = wang ~ wang utk membeli bahan makanan hari-hari; ~ hidup wang utk membeli barang keperluan hidup; ~ mati ark gaji yg telah ditentukan; ~ pos wang utk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos; ~ terakru (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; berbelanja 1. membeli barang-barang (utk keperluan rumah tangga): mereka ~ utk persiapan Hari Raya Puasa; 2. mengeluarkan wang (utk membayar dll): bukannya sedikit kerajaan ~ utk sekolah-sekolah;membelanjai 1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang ;membelanjakan mengeluarkan wang utk sesuatu keperluan: sedang dibuat rang undang-undang bkn dgn hal ~ wang negara; belanjaan Jw 1. benda-benda yg dibeli (di pasar dll); 2. berbelanja; perbelanjaan perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; pembelanja orang yg suka berbelanja (biasanya secara boros). | Kamus Dewan Edisi Keempat |