irit I | Jw tidak boros, hemat, jimat; mengirit menghematkan, menjimatkan; pengiritan penghematan, penjimatan; pengirit orang yg tidak boros, penghemat, penjimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengirit | orang yg tidak boros, penghemat, penjimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekin II | Kd jimat, tidak boros; berpekin berjimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekonomis | (ékonomis) Id, bp tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dgn membazir atau berlebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jimat | I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm membelanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cermat | 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan sesuatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cermat | 1. dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2. tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat. Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing-masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1. melakukan dgn cermat. 2. menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1. keadaan cermat dlm melakukan sesuatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2. keadaan jimat dlm perbelanjaan. | Kamus Pelajar |
jimat | tidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimatan perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. penjimat orang yg jimat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jimat | tidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimat orang yg jimat. | Kamus Pelajar |
pandai hidup | a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |