dingin | 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dingin | 1. tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2. tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dll): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1. menjadikan (menyebabkan) dingin. 2. menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1. kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2. keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. dingin beku beku kerana terlalu sejuk (bkn air dll). mendingin beku menjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan. mendinginbekukan menjadikan cecair (spt air dll) beku dgn menyejukkannya berlebih-lebihan. terdingin beku telah menjadi beku kerana terlampau sejuk. | Kamus Pelajar |
sepi | 1. tidak riuh, senyap, sunyi: kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yg tidak putus-putus; 2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dll), lengang: awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; 3. ki tidak meriah (sambutan bkn sesuatu dll), dingin: kunjung-annya ke sana telah mendapat sambutan yg ~ sekali; memandang (menganggap) ~ ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat; menyepi 1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yg sunyi (utk menenteramkan diri dll); 2. menghindarkan diri drpd orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri; 3. menjadi sepi: keriuhan ayam itik juga turut ~; menyepikan menjadikan sepi: Allah tidak ~ alam ini drpd mereka; ~ diri menghindar-kan diri drpd orang banyak, menyepi; kesepian 1. perihal keadan sepi, kesunyian: hanya bunyi gobek itulah sahaja yg memecah-kan ~; 2. berasa sepi (kerana keseorangan dll): dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri; penyepian perbuatan menyepi atau menyepi-kan diri: selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yg paling penting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dingin | 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika dibandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan kekerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak meninggalkan cecair; ~ udara alat utk mendinginkan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dr biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meriah | 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, menggembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangat | 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat men- jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambutan | 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
damai | 1. tidak berperang atau serang-menyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. bermuafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~; harga ~ harga yg boleh dirundingkan;mendamaikan, memperdamaikan 1. membaikkan dua pihak (negara dsb) dgn menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk mencapai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;pendamaian perihal (usaha dsb) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;pendamai orang (negara, pihak) yg mendamaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecuali | 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasaan, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangat | 1 tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2 masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3 penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4 meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5 tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Pergolakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |