Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.bong] | توم-بوڠ

Definisi : sombong; bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi prb perihal orang yg bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dlm kehinaan dan kemelaratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.bong] | توم-بوڠ

Definisi : ® tomong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tombong

Peribahasa

Kokok berderai-derai,
     ekor bergelumang tahi.

Bermaksud :

Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tombong II® tomong.Kamus Dewan Edisi Keempat
tombong Isombong; bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi prb perihal orang yg bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dlm kehinaan dan kemelaratan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cambah kelapatumbuh kelapa, tombong kelapa;Kamus Dewan Edisi Keempat
cambah1. tumbuhan yg baru keluar dr biji benih dsb; ~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa; 2. Kl, Tr tauge; bercambah 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata­rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini; mencambahkan menjadikan bercambah: ~ biji benih; cambahan munculnya, terbitnya, lahirnya: dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya; percambahan perihal bercambah (biji be­nih): keinginan utk mencegah ~ senjata nuklear; pencambahan perbuatan mencambahkan; ®kecambah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kokok Ibunyi ayam jantan yg berlarut-larut (biasanya pd waktu subuh): ~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur; ~ ayam (sekali) dinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yg mula-mula); (bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-­maranya hidup melarat; berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan); kokokan kokok: ~ ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas