Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.li] | اهلي

Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : , ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : 1 orang yg mahir dlm sesuatu bidang; pakar: ~ sains; ~ bahasa. 2 anggota sesuatu pertubuhan dsb. ~ bersekutu anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). ~ biasa anggota sesuatu pertubuhan yg mempunyai hak mengundi dan juga hak dipilih. ~ falak orang yg pakar ttg ilmu bintang. ~ fitrah manusia yg hidup antara dua nabi atau rasul dan tidak sampai kpd mereka syariat mana-mana rasul. ~ jawatankuasa orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). ~ kabinet anggota jemaah menteri. ~ kehormat orang yg diterima menjadi anggota sesuatu pertubuhan dsb kerana jasa-jasanya atau utk menghormatinya. ~ kubur orang-orang yg telah meninggal. ~ parlimen orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. ~ sunah (sunah wal-jamaah) orang Islam yg berpegang teguh pd ajaran dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. ~ utama orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi. ~ waris orang-orang yg berhak mewarisi pusaka. keahlian 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE kita mempunyai kebebasan mengundi setiap 5 tahun melalui saluran pilihan raya telus. Dakwaan bahawa proses pilihan raya tidak telus dan korup adalah amat tidak berasas. Bagaimana kita boleh mempunyai 86 ahli parlimen dari pihak pembangkang dan 5 negeri dikuasai oleh pihak pembangkang dalam pilihan raya 2008? . Maka saya merayu kepada warga NRE agar jangan terlibat dengan sebarang perhimpunan haram dan adalah mudah memandangkan dalam proses mencapainya kita berhadapan dengan tuntutan-tuntutan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Kita perlu ingat bahawa constituents kita bukan sahaja terdiri daripada orang awam tetapi juga orang politik, ahli-ahli dewan undangan negeri, ahli-ahli parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Selain itu, kita juga mempunyai obligasi terhadap lebih Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=13&hits=6d4+d77+d78+d7c+d7d+142a+1d66+2519+251a+251e+251f+2601+280e+
http://www.nre.gov.my/BlogParlimen/default.aspx Home - Soal Jawab Parlimen NRE 350 • • All Site Content Home Julai 19 Faktor-faktor yang berlakunya jerebu di Lembah Klang sekarang on 19/07/2011 12:37 Category: Dewan Negara Tuan Yang DiPertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keadaan kemerosotan kualiti udara dan jerebu yang sedang dialami sekarang di Lembah Kelang dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia yang berlaku sejak dari 3 Julai 2011 berpunca dari yang sama pada 11 Julai 2011 menunjukkan asap jerebu dibawa oleh angin barat daya yang bertiup dari Sumatera menghala ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia termasuk Lembah Kelang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Indeks Pencemar Udara (IPU) di stesen-stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bahawa keadaan kualiti udara di seluruh negara termasuk di Lembah Klang pada masa Highlighter.aspx?DocId=69&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=2&hits=453+4fa+
http://www.nre.gov.my/Land/Pages/default.aspx Tanah / Land Negara 2) Persidangan Pentadbir Tanah 3) Mesyuarat Pentadbir Tanah Malaysia 4) Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) 5) Jawatankuasa Pemetaan Dan Data Spatial Negara (JPDSN) 6) Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) Ahli Jawatankuasa 1) Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan/Pengarah Pemetaan Negara (Pengerusi) 2) Pengarah Tanah dan Ukur, Sabah 3) Pengarah Tanah dan Survei, Sarawak 4) Pengarah Cawangan Pemetaan Pertahanan 5) Pengarah Highlighter.aspx?DocId=39&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=21f+
http://www.nre.gov.my/Malay/Hubungi-Kami/Pages/default.aspx Hubungi Kami Sila klik Senarai Faks Bahagian NRE untuk mendapat nombor faks bagi setiap bahagian. MySMS NRE • Anda juga boleh membuat aduan dan menyemak status aduan melalui aplikasi MySMS NRE . Facebook • Menjadi ahli kepada laman sosial facebook kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini NRE. Twitter • Ikuti kami di Twitter untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini NRE Soalan Lazim • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Highlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=109+

Kembali ke atas