Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Peribahasa

Membandarkan air ke bukit.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE kerjasama Jabatan Alam Sekitar, JPS dan para pegawai dari pejabat saya sendiri. Saya yakin, dengan strategi dan pendekatan yang sesuai, program ini terbukti bukan sahaja mampu menarik minat bahkan mampu menaikkan imej kementerian ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Selaras dengan kempen NRE Go Green yang telah dilancarkan dahulu, saya sekali lagi meminta agar seluruh warga NRE menghayati pelaksanaan kempen ini Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=22da+

Kembali ke atas