Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Environment/Pages/default.aspx Alam Sekitar dan Perubahan Iklim / Environment and Climate Change RELATION 1) Hubungan Hal Ehwal ASEAN 2) Hubungan Hal Ehwal Antarabangsa 3) Hubungan Hal Ehwal Dua Hala (Bilateral) PERKHIDMATAN / SERVICE 1) Kelulusan melaksanakan projek 2) Mengeluarkan lesen 3) Penguatkuasaan 4) Menyelesaikan aduan orang ramai 5) Perhubungan dengan orang ramai 6) Kutipan hasil 7) Perhubungan dengan pihak atasan STATISTIK / STATISTIC Indeks Pencemaran Udara (Harian) KERTAS / PAPER Laporan EIA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN/ NON Highlighter.aspx?DocId=47&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=2eb+
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE satu sistem penuaian air hujan yang sistematik bagi seluruh Rumah Panjang Bair ini bagi membuktikan keberkesanan konsep ini yang telah diguna pakai pada sekian lama oleh orang-orang kampung dalam menyelesaikan masalah sumber air mereka. Setelah sistem ini melepasi tempoh percubaan di Rumah Panjang Bair, data yang didapati membuktikan hujan yang turun di kawasan ini cukup untuk membekalkan 2000 liter sehari Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=2b0f+

Kembali ke atas