Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.cu] | ڤماچو

Definisi : 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg diguna­kan utk menyimpan dan mendapatkan kem­bali data pd cakera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.cu] | ڤماچو

Definisi : 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemacu


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Malay/Pages/Dasar-Privasi.aspx Dasar Privasi web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini. Pautan kepada Laman Web yang Lain Laman Web ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan Highlighter.aspx?DocId=114&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=d6+

Kembali ke atas