Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : 1. amat perlu, sangat berharga (ber­guna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memi­kirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : ; berpentingan berpelantingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ting] | ڤنتيڠ

Definisi : sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Berkelahi di ekor alahan.

Bermaksud :

Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

362

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE saing negara dan peningkatan bilangan aduan menunjukkan betapa pentingnya kita memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan . Pelanggan adalah sentiasa betul (customer is always right). Penghayatan ini adalah penting untuk memastikan kita kekal relevan untuk manfaat semua stakeholders kita. Sebagai Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus alam sekitar dan sumber asli negara, NRE menghadapi pelbagai isu dan cabaran. Isu pokok ialah bagaimana kita boleh mencapai keseimbangan di antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar (sustainable development). Peranan ini amat penting untuk menjamin kepentingan generasi masa kini dan masa akan datang sentiasa terpelihara. 9. Akan tetapi hasrat mencapai matlamat sustainable development bukan sesuatu yang mudah memandangkan dalam proses mencapainya kita berhadapan Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=7&hits=d10+d41+db0+10da+2471+2632+2ca6+
http://www.nre.gov.my/Malay/Pages/MyID.aspx Perkhidmatan Sudah MyID NRE 03-8886 1808 Pengenalan MyID MYKAD adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warga negara Malaysia. Nombor MyKad adalah nombor pengenalan diri yang unik bagi seseorang warga negara dan menjadi maklumat penting yang akan diperoleh dan disimpan oleh agensi kerajaan apabila seseorang warga negara sebagai individu berurusan dengan agensi kerajaan. Namun begitu, pada masa kini, masih ada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan pelbagai agensi kerajaan. myidjmg MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warga negara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan. MyID amat penting kerana ia hanya menggunakan satu nombor bagi seseorang warga negara untuk berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan. Ini membolehkan urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat. Semua Highlighter.aspx?DocId=65&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=2&hits=cb+158+
http://www.nre.gov.my/Malay/Pages/Soalan Lazim.aspx Soalan Lazim Mineral dan Geosains (JMG) - Jabatan Perlindungan Hudupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) - Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) - Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) - Jabatan Biokeselamatan (JBK) Soalan 7: Apakah peranan penting dalam Jabatan/ Agensi di bawah NRE? Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan banjir serta saliran bandar. Jabatan Alam Sekitar (JAS) JAS memberikan dokus terhadap pengurusan alam sekitar di Malaysia. JAS memainkan peranan yang penting dalam mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) Pindaan 1985, 1996 dan Bahagian IV, Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) JKPTG bertanggungjawab dalam Highlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=2&hits=228+29d+

Kembali ke atas